Manuskrip Kapal Melayu Yang Mengasyikkan Di Barcelona

Gambar adalah ilustrasi dan dokumentasi tentang rekabentuk dan senibina kapal dari Alam Melayu oleh Rafael Monleón (1840-1900), dalam Historia De La Navigación, sumber dari Muzium Ketenteraan Sepanyol, Barcelona.

Perpustakaan Negara Malaysia semasa 2017 telah mengesan sehingga lebih 20,000 manuskrip di seluruh dunia dan hanya 4,884 naskah asal dalam simpanan.

15,000 manuskrip lama Melayu masih bertebaran di luar negara. Semua manuskrip ini berkisar tentang pelbagai disiplin ilmu; sejarah, kesusasteraan, persenjataan, ilmu masakan, undang-undang dan adat, perubatan tradisional, kitab agama, petua dan azimat, kitab-kitab ramalan, ilmu hutan dan alam haiwan dan sebagainya.

Umum mengetahui di Eropah, British Museum dan British Library menyimpan banyak manuskrip dari Alam Melayu, malah Universiti Leiden di Belanda juga memiliki arkib yang penuh dengan manuskrip-manuskrip lama ini.

Bahkan di seluruh Eropah, terutamanya di negara-negara bekas penjajah Alam Melayu seperti Portugis dan Sepanyol juga kedapatan tinggalan warisan, mungkin juga manuskrip penting yang boleh menceritakan lebih lanjut tentang keberdaan ketamadunan di Alam Melayu.

Semasa ke Rio pada 2014, sempat melawat Muzium Kebangsaan Brazil malah sempat juga membelek-belek tinggalan sejarah penjajahan Portugis di Brazil dan di seluruh dunia, termasuk bahan pameran yang boleh dijejak sejarah dan pengkisahannya tentang ‘Malaca Portuguesa’ atau Portuguese Malacca. (Melaka jajahan Portugis).

Malangnya, muzium di Rio de Jeneiro itu kini telah 90% terbakar sekitar tahun lepas. Turut musnah dalam kebakaran besar tersebut termasuklah bahan pameran tertutup dan yang dikatakan belum pernah dipertontonkan.

Ini termasuklah bahan atau mungkin rampasan ‘Portuguese Conquistador’ ini dari jajahan mereka ketika Portugis pernah menjadi kuasa besar dunia sekitar kurun ke-15 hingga kurun ke-17.

Aku pasti, ada bahan, manuskrip atau rampasan perang dari Melaka turut musnah di dalam kebakaran tersebut. Lebih menyedihkan kerana tidak ramai dari kita melihatnya jauh sekali berkesempatan membuat sebarang kajian ke atasnya.

Sudahlah dirampas dan direnggut haknya dari kita, ia musnah pula dalam targedi.

Jika begini teliti sekali lukisan dan catatan kolonial dan penjajah tentang salah satu keistimewaan Melayu iaitu pembinaan kapal dan ilmu kelautan, siapa tahu manuskrip apa yang masih menjerit-jerit meminta untuk dikaji tentang sejarah Melayu di tanahnya sendiri dan di seluruh dunia

(Dikutip dari: https://www.thepatriots.asia)

Hak Cipta Terpelihara. Silakan Bagikan melalui tautan artikel

Scroll to Top