Gegetas Dabo-cubalah

Pernah makan kue gegetas? Sebangsa orang menyebutnya dengan kue getas-getas. Di semerata puak-puak melayu tentu mahfum dengan kue yang satu ini, selalu nikmat hingga ke ubun-ubun jika disantap dengan secupak teh hangat atawa bancuhan kopi hitam dengan sajian yang masih berasap.

Daripada kempunan, hamba hendak bertabik-tabik kepada ahlul kueh-mueh yang bijak laksana di semerata pembaca siber dunia, asbabnya dibawah penggalan ini nantinya, hamba hendak menjabar semula jadi tentang mana-mana yang patut dalam membancuh bumbu-bumbu tatkala membuat kue gegetas.

Hamba menyebutnya dengan sebutan “Gegetas Dabo” kerana resepi ini adalah murni dari emak hamba yang saban subuh berdagang kue selama berbilang tahun lamanya di pasar Dabosingkep itu hinggakan kini. Takutkan ada perbedaan dalam resep racikan dengan yang lain-lain hinggakan menimbulkan selisih paham atawa peperangan hebat hanya kerana ggetas, maka bertabiklah hamba dengan Emak hamba itu untuk menamainya dengan nama yang termaktub adanya.

 

Kata Emak hamba, yang pertama harus disiapkan di awal-awal sebelum mengadun resepi kue gegetas adalah “niat” baik niat kuat untuk menjadi pembancuh kue maupun hingga kepada resiko terkena percikan gula cair nan panas.

Kedua barulah menyiapkan bahan bahan yang seperti hamba maktubkan berikut ini;

Bahan-bahan

  1. tepung pulut, agak-agak 150 gr
  2. tepung beras, sekira 25 gr
  3. kelapa parut kasar, jgn terlalu tua cukup sebutir sahaja
  4. santan yang didapat daripada setengah biji kelapa tua
  5. garam jangan dilupa

Bahan sire gula

  1. sekilo gula pasir
  2. air di agak-agak sahaja
  3. 1 atawa 2 lembar daun pandan ikat simpul

 

Siasat runut dalam menggubah bahan termaktub menjadi gegetas Dabo adalah;

  • Campurkan saja bahan-bahan menjadi satu kecuali santan yang dmasukk
    agak-agak seperti inilah modelnya

    an paling terakhir secara perlahan sembari tangan mengkaduk-kaduk bahan termaktub hinggakan pejal lembut semacam tanah liat.

 

 

 

 

 

  • Ditepek-tepeklah adonan termaktub dengan bentuk lonjong pipih. Kalau pasal yang ini
    di tepek-tepek semacam ini

    hamba tidak mengerti, kenapa harus lonjong. Padahal sah-sah saja jika hendak membuat model bulat, segi tiga atau yang lainnya. Hamba tidak berani bertanya dengan Emak hamba itu, takut membebel pula hamba di lete nya.

 

 

 

 

  • Bahan gegetas yang sudah di tepek itu digoreng hingga siap makan, dengan tanda
    sire gule, AWAS PANAS…!!!

    berwarna kecoklatan sedikit agak tua. Syahdan asingkan dalam nampan terpisah, dan kini tibalah kita masuk ke tahap pembuatan yang membahayakan yakni membuat sire gula atawa cairan gula panas sebagai pelapis kulit gegetas

  • Masukkan bahan gula termasuk daun pandan, pastikan gula mendididh dan mencair sempurna sebelum mengasingkan daun pandan
  • Masukkan kembali gegetas kedalam sire gule mendidih, matikan api dan kaduk-kaduk perlahan hingga gula kembali mengering di kulit gegetas itu adanya.

 

Syahdan, tak cukup satu bagi hamba untuk menyantak gegetas Dabo olahan tangan Emak hamba itu, sepaling tidak habis juga 4 hingga 5 keping sekali duduk. Jadi pastikan gegetas yang dibuat adalah cukup untuk selaksa orang yang hendak dijamu tambul ketika datang kerumah.

Semangatlah mencuba…!!! (jm)

Hak Cipta Terpelihara. Silakan Bagikan melalui tautan artikel

Scroll to Top