Kosa Kata Bahasa Melayu

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “kosa kata” ditakrifkan sebagai “keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa”. Bahasa Melayu adalah bahasa Malayik di bawah cabang Austronesia yang dituturkan oleh 250 hingga 300 juta orang di Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand. Bahasa Melayu mempunyai dua bahasa piawai iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Melayu digunakan di Malaysia, Singapura dan Brunei manakala Bahasa Indonesia digunakan di Indonesia.

Kedua-dua bahasa piawai tersebut mempunyai rujukan kamus masing-masing. Bahasa Malaysia menggunakan “Kamus Dewan” manakala Bahasa Indonesia menggunakan “Kamus Besar Bahasa Indonesia”. Kamus edisi terkini iaitu “Kamus Dewan Edisi Keempat” terbitan tahun 2005 mempunyai 34 578 perkataan manakala “Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Kelima” terbitan tahun 2016 mempunyai 127 036 perkataan. Artikel ini membincangkan tentang kosa kata yang terdapat dalam bahasa ini.

Kosa kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada “perkataan jati”. Kosa kata tersebut merupakan yang terbanyak dalam kedua-dua kamus tersebut dengan sebanyak 25 636 dan 118 092 perkataan masing-masing. Kamus Dewan Edisi Keempat terdiri daripada 74.14% perkataan jati manakala Kamus Besar Bahasa Indonesia terdiri daripada 92.96% perkataan jati. Contoh perkataan jati dalam bahasa ini adalah anak, ikan, makan, mata, lima dan sebagainya.

Kosa kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada Bahasa Arab. Kosa kata tersebut merupakan yang kedua terbanyak dalam kedua-dua kamus tersebut dengan 2 758 perkataan. Perkataan yang berasal daripada bahasa tersebut terdiri daripada 7.97% dalam Kamus Dewan Edisi Keempat manakala 2.17% dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia. Contoh perkataan yang berasal daripada bahasa berkenaan adalah Ahad, Akrab,  Allah, Kitab dan sebagainya.

Kosa kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada Bahasa Belanda. Kosa kata tersebut merupakan yang ketiga terbanyak dalam kedua-dua kamus tersebut dengan 1 764 perkataan. Perkataan yang berasal daripada bahasa tersebut terdiri daripada 5.10% dalam Kamus Dewan Edisi Keempat manakala 1.39% dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia. Contoh perkataan yang berasal daripada bahasa berkenaan adalah Agensi, Akauntan, -sasi (Organisasi), Akustik dan sebagainya.

Kosa kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada Bahasa Cina. Kosa kata tersebut merupakan yang keempat terbanyak dalam kedua-dua kamus tersebut dengan 1 093 perkataan. Perkataan yang berasal daripada bahasa tersebut terdiri daripada 3.16% dalam Kamus Dewan Edisi Keempat manakala 0.86% dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia. Contoh perkataan yang berasal daripada bahasa berkenaan adalah Teh, Toko, Banci, Kailan dan sebagainya.

Kosa kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada Bahasa Inggeris. Kosa kata tersebut merupakan yang kelima terbanyak dalam kedua-dua kamus tersebut dengan 1 028 perkataan. Perkataan yang berasal daripada bahasa tersebut terdiri daripada 2.97% dalam Kamus Dewan Edisi Keempat manakala 0.81% dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia. Contoh perkataan yang berasal daripada bahasa berkenaan adalah Krismas, Aloi, Aroma, Drakula, Forum dan sebagainya.

Kosa kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada Bahasa Sanskrit. Kosa kata tersebut merupakan yang keenam terbanyak dalam kedua-dua kamus tersebut dengan 830 perkataan. Perkataan yang berasal daripada bahasa tersebut terdiri daripada 2.40% dalam Kamus Dewan Edisi Keempat manakala 0.65% dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia. Contoh perkataan yang berasal daripada bahasa berkenaan adalah Pancasila, Pancaindera, Acara, Agama dan sebagainya.

Kosa kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada Bahasa Parsi. Kosa kata tersebut merupakan yang ketujuh terbanyak dalam kedua-dua kamus tersebut dengan 331 perkataan. Perkataan yang berasal daripada bahasa tersebut terdiri daripada 0.96% dalam Kamus Dewan Edisi Keempat manakala 0.26% dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia. Contoh perkataan yang berasal daripada bahasa berkenaan adalah Peringgi, Acar, Anggur, Badam dan sebagainya.

Kosa kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada Bahasa Portugis. Kosa kata tersebut merupakan yang kelapan terbanyak dalam kedua-dua kamus tersebut dengan 311 perkataan. Perkataan yang berasal daripada bahasa tersebut terdiri daripada 0.90% dalam Kamus Dewan Edisi Keempat manakala 0.24% dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia. Contoh perkataan yang berasal daripada bahasa berkenaan adalah Bangku, Bendera, Boneka, Minggu dan sebagainya.

Kosa kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada Bahasa Tamil. Kosa kata tersebut merupakan yang kesembilan terbanyak dalam kedua-dua kamus tersebut dengan 147 perkataan. Perkataan yang berasal daripada bahasa tersebut terdiri daripada 0.43% dalam Kamus Dewan Edisi Keempat manakala 0.12% dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia. Contoh perkataan yang berasal daripada bahasa berkenaan adalah Apam, Badai, Cukai, Dendam dan sebagainya.

Kosa kata dalam Bahasa Melayu terdiri daripada lain-lain bahasa. Kosa kata tersebut merupakan yang kesepuluh terbanyak dalam kedua-dua kamus tersebut dengan 681 hingga 685 perkataan. Perkataan yang berasal daripada bahasa tersebut terdiri daripada 1.97% dalam Kamus Dewan Edisi Keempat manakala 0.54% dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia. Contoh perkataan yang berasal daripada bahasa berkenaan adalah Kudeta (Perancis), Mitos (Yunani), Yahwe (Hebrew), Banduan (Hindi), Haiku (Jepun), Akapela (Itali), Alumni (Latin) dan sebagainya.

Kesimpulannya, itu adalah kosa kata yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Pembaca perlu diingatkan, tiada kiraan rasmi dalam peratusan kosa kata dalam bahasa ini. Kiraan penulis dalam artikel ini adalah sekadar memberi gambaran kasar tentang berapa banyak perkataan yang terdapat dalam bahasa ini. Sesuatu bahasa mungkin lebih banyak ataupun sebaliknya bergantung kepada pemilihan kata yang dipilih oleh kedua-dua pihak.

RUJUKAN:

Loan-Words In Indonesian and Malay. Retrieved April 4, 2019 from http://sealang.net/lwim/

Dunia Kata – Sinopsis Kamus. Retrieved April 4, 2019 from http://ekamus.dbp.gov.my/SinopsisKamus.aspx?type=KDE4

Indonesian language, alphabet and pronunciation. Retrieved April 4, 2019 from https://www.omniglot.com/writing/indonesian.htm

Malay language, alphabet and pronunciation. Retrieved April 4, 2019 from https://www.omniglot.com/writing/malay.htm

Uli, Kozok (10 March 2012). “How many people speak Indonesian”. University of Hawaii at Manoa. Retrieved 20 October 2012

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved April 4, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Kosa+kata

Dikutup dari : www.thepatriots.asia

Hak Cipta Terpelihara. Silakan Bagikan melalui tautan artikel

Scroll to Top