{"id":2967,"date":"2019-05-27T12:08:09","date_gmt":"2019-05-27T05:08:09","guid":{"rendered":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/?p=2967"},"modified":"2024-07-09T17:25:24","modified_gmt":"2024-07-09T10:25:24","slug":"mak-yong-tradisi-yang-populer","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/2019\/05\/mak-yong-tradisi-yang-populer\/","title":{"rendered":"MAK YONG: TRADISI YANG POPULER"},"content":{"rendered":"\n<p style=\"text-align:center\"><strong>OLEH: ALMUKHLIS<\/strong><br> <strong>Pegiat Seni Tradisi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p style=\"text-align:center\"><\/p>\n\n\n\n<p>Kesenian \u00a0tradisi \u00a0Makyong \u00a0merupakan \u00a0kesenian \u00a0yang \u00a0tidak mati, tidak kaku, dan bahkan tidak akan hilang\u00a0 dimakan \u00a0zaman. Ianya satu bentuk kesenian yang amat populer yang \u00a0hidup pada \u00a0mana-mana \u00a0negeri \u00a0yang \u00a0pernah di jejakinya. Kesenian tradisi Makyong akan \u00a0terus \u00a0memainkan perannya dalam kehidupan ini sampai akhir zaman, hingga disudahkannya kehidupan \u00a0ini oleh Sang Pencipta. Maka selesailah segalanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, segala sesuatu &nbsp;yang &nbsp;hidup\nini pun serupa batang tubuh, yang &nbsp;tiadakan hidup jika manusia &nbsp;tiada &nbsp;memberinya ruh. Bagai &nbsp;pepohon &nbsp;rindang &nbsp;yang &nbsp;tidak\n&nbsp;akan &nbsp;bergoyang &nbsp;jika tiada angin yang datang. Menyapa &nbsp;dedaun &nbsp;hijau &nbsp;sampai &nbsp;melambai\n&nbsp;keriangan. Lalu manusia &nbsp;juga &nbsp;yang\n&nbsp;melihatnya &nbsp;dan &nbsp;berkata &nbsp;&#8216;tersebab angin daun &nbsp;pepohonan itu bergoyang&#8217; Begitulah muasal\ncerita adanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Puncak &nbsp;ketakutan &nbsp;yang dibuat-buat Mat Saleh dari penjuru negeri\nseberang, hanyalah &nbsp;akal-akalan &nbsp;mereka &nbsp;untuk\n&nbsp;mendapatkan kekayaan tradisi di negeri\nkita ini. Konon, mereka &nbsp;datang &nbsp;dengan berjubah &nbsp;kedermawanan &nbsp;dalam &nbsp;lapisan\n&nbsp;baju empati &nbsp;kepada kita. Dengan &nbsp;niat &nbsp;ingin &nbsp;membantu\n&nbsp;mengangkat &nbsp;kembali &nbsp;batang terendamlah, bantu biaya ini-itulah, bantu &nbsp;mendokumentasikanlah supaya kesenian&nbsp; tradisi Makyong tetap hiduplah, dan &nbsp;banyak &nbsp;lagi\n&nbsp;alasan &nbsp;agar &nbsp;mereka\n&nbsp;mendapatkan data-data penting yang\nmemang itu untuk kepentingan &nbsp;pribadi &nbsp;mereka mendapat gelar-gelaran\nakademiknya.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami ni bukan pengemis, Wang. Tapi kenapa Mat Saleh yang datang &nbsp;ke &nbsp;negeri\nkita ini selalu &nbsp;menjadikan &nbsp;kita &nbsp;&#8216;kain buruk&#8217; . Dia bayar &nbsp;kami. Minta &nbsp;kami &nbsp;main &nbsp;Makyong. Habis tu\n&nbsp;dia &nbsp;letak &nbsp;segala\nsenjatanya untuk &nbsp;merekam segala gerak lakon,\ntarian, dan nyanyian dengan &nbsp;seksama.\nHabistu &nbsp;ketika &nbsp;dia &nbsp;sudah\n&nbsp;dapat &nbsp;semua, nama dia pulak sebagai pencipta. Eh,\ndia pulak &nbsp;yang &nbsp;punya &nbsp;segalanya. Kami dibuang dilupakan. Pandai Mat Saleh\ntu, Wang. Orang &nbsp;makan bangku\nsekolah katanya. Pandai betul dia berhujjah pada &nbsp;kepala-kepala yang duduk &nbsp;di negeri\nkita ini, cakap dengan pelat sengaunya itu sampai mendapat tempat yang spesial.\nHabistu &nbsp;pepandai &nbsp;pulak dia ambil kesimpulan bahwa &nbsp;kesenian tradisi &nbsp;Makyong di negeri kita ini di ambang kepunahan. Mesti segera dibangkitkan kembali. Perlu direvitalisasi &nbsp;kembali. Meranyah semua tu, Wang. <\/p>\n\n\n\n<p>Boleh dikata kalau &nbsp;kami ni rumput setu di\nlaut, dah &nbsp;belumut &nbsp;geliat &nbsp;seni tradisi Makyong\nni kami jaga. Cuma itulah,\nagaknya &nbsp;kepala-kepala &nbsp;di negeri kita ini lebih percaya dengan cakap\nMat Saleh tu. Orang punya\nuanglah &nbsp;pulak. Kami &nbsp;ni hanya sebatas seniman-seniman yang betul &nbsp;ikhlas wal tunak wal miskin yang hanya pandai menjaga tradisi Nenek Moyang. Namun macam\nbiasalah. Masih juga tak dianggap adanya di negeri bertuah ini. Nanti mereka dah\n&nbsp;telajak &nbsp;sangat, barulah&nbsp; keris di pinggang &nbsp;boleh melayang bertamu ke rumahnya. Barulah &nbsp;sadar akan pentingnya memanusiakan &nbsp;kami!\u201d <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cEeh \u2026 apa pasal aku merepet meraban sorang ni?\u201d <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHa begitulah, Wang. Aku nak pegi ke kampung seberang\najelah hari ni. Kalau-kalau ada pelandok napohkan sedap juga. Assalamualaikum.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Orang tua yang baru&nbsp; saja Awang temui di selisih perjalanan menuju\nteratak tempat tinggalnya itu sungguh membuat kening Awang berkerut seribu.\nBagaimana tak berkerut Awang dibuatnya, saudara bukan, tetangga bukan, kawan bukan,\napatah lagi sahabat. Tapi, orang tua itu bercerita seolah dialah pelaku\/pegiat\nseni tradisi Makyong di negeri ini. Tiada pula nampak\nbertopeng Mak Yong. Tiada juga bergaya sebagai seniman. Melainkan orang yang\nAwang temui itu wujudnya macam orang susah yang hari-hari memegang cangkul\nmenuju kebun tempat bercocok tanam saja. Tapi, ada sedikit terlintas raut wajah\nyang pernah Awang kenali semasa lima atau tujuh tahun lalu. Hmm. Entahlah!<\/p>\n\n\n\n<p>Tampak semacam kemuncak benar kemarahan pegiat seni tradisi Makyong yang Awang temui hari itu. Hmm. Tiada &nbsp;munkin &nbsp;kayu\n&nbsp;jadi &nbsp;arang &nbsp;kalau api tidak menjulat melahap tubuh kayu &nbsp;itu, kan? &nbsp;Terlepas siapa\ndia dan apa profesi hidupnya,\nAwang tak ambil kisah. Tapi, perihal ini mesti ada sebab-musabab yang panjang.\nKalau tak ada, tak mungkin orang ini panjang bercerita.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal sebenar, banyak jugalah terdengar di\ntelinga Awang ini\nperihal masalah yang direpetkan &nbsp;orang\ntua gagut tadi itu. Semacam permasalahan&nbsp;\nklasik&nbsp; yang dari jaman nun sampai\nsekarang belum juga bisa diselesaikan.\nPadahal kurang apa hebatnya pegiat seni Tradisi di Negeri Bertuah &nbsp;kita &nbsp;ini &nbsp;kan. Patutlah&nbsp;\nkalau &nbsp;mereka &nbsp;banyak &nbsp;bantut. Merajuk, lari ke negeri lain sebab\nselalunya di kecewakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tersebab sudah &nbsp;sering &nbsp;mendengar\nkabar yang sama ini, tetiba suatu hari terusik benar hati Awang ini untuk menelusuri asbab semua masalah.\nBiar orang berkata &#8216;Hai siapalah mu ya Awang nak mengambil berat perihal nasib\nseniman-seniman pegiat seni tradisi di negeri bertuah ini?&#8217; Sempat terpikir\ndemikian. Tapi, Awang tahu itu rupa hujjah setan yang tak ingin kesenian\ntradisi Makyong\nberkembang di tanah ini. Awang buang segala pikir buruk itu. Awang di negeri\nini adalah orang yang mencintai semua bentuk kesenian tradisi. Awang mesti\nberbuat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa &nbsp;berpikir &nbsp;panjang, merejuklah Awang dari teratak, tak\npeduli lagi dengan mata yang &nbsp;masih rapat setelah lama\ntanggam-menanggam, rapat-merapat- kira kerja tidur berharianlah kalau bahasa\nkampungnya. Pikir langsung tertuju ke ledang balai. Mungkin segala jawaban dari\nkeresahan pengiat seni tradisi\nMakyong yang telah lama menghitam hati itu bisa diselesaikan di\nLedang Balai Tuan Habieb yang amat terkenal geliat Makyongnya. Melongso dan berlarilah Awang\nsekencang-kencangnya sehingga sampai di Ledang Balai Cek Wang &nbsp;yang duduk di Kota Tanjungpinang.<\/p>\n\n\n\n<p>Setibanya di Ledang Balai Tuan Habieb,\ntampak begitu ramai orang berkumpul di hadapan Cek Wang. Semacam ada musyawarah\nbesar di Ledang Balai. Melihat hal tersebut, segan pula Awang&nbsp; nak masuk menghadap Cek Wang. Lama Awang\nmenunggu di Balai Peranginan luar. Baru nak masuk melamun panjang\u2013karena lama\nsangat menunggu musyawarah selesai, datang Inang Pengasuh mengejutkan dari\nbelakang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHa! Oh yalah Awangmu Awang. Hajat mana\nberita mana Awang datang kemari Awang. Cukup sekian tahun Inang tiada melihat\nwajahmu. Rindu Awang Rindu. Rasa nak peluk tak pakai lepas sampai lemas ya\nAwang,\u201d sambut Inang Pengasuh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAku ingin bertemu Cek Wanglah,\u201d\ntegas Awang Pengasuh. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAwe kasar benar Awang ni berbahasa. Kita\nbergurau sedikit saja pun tak boleh.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTak boleh. Awang kena cepat menghadap Cek\nWang. Ini jam juga.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau nak menghadap masuklah. Kenapa\nduduk di depan pintu?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAwang segan. Ledang Balai ni ramai\nsangat.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHabis tu? Awang nak tunggu berapa lama lagi di depan pintu istana\nni?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInang, apa hajat semua orang-orang istana\nberkumpul menghadap Cek Wang tu Inang?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cEntah! Kalau nak ambil tahu, masuk\nsajalah. Sekejap Inang kabarkan kedatanganmu pada Cek Wang. Awang tunggu sini\nya. Jangan merayau pulak. Susah Inang cari nanti.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Seketika melentinglah Inang Pengasuh\nberlari menuju Ledang Balai membawa pesan dari Awang Pengasuh. Setibanya\ndihadapan Cek Wang, Inang masuk menghadap.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInang datang menghadap Cek Wang,\u201d\nkata Inang Pengasuh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOyalahmu Inang. Hajat mana berita mana\nInang datang menghadap?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBegini, Cek Wang. Di luar istana ada Awang\nPengasuh. Dia segan hendak masuk ke Ledang Balai Cek Wang sebab melihat\nramainya orang-orang istana yang berkumpul. Dia hanya meminta Inang\nmemberitahukan hal ini kepada Cek Wang.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOh begitu\nkata. Baeklah Inang. Sekarang Inang panggil Awang. Suruh Awang masuk menghadap\nsaya segera.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Maka berlalulah Inang Pengasuh memberi\nkabar kepada Awang. Ketika Awang sudah di beritahu Inang akan Cek Wang\nmemintanya masuk menghadap, Awang segera masuk menghadap kepada Cek Wang.\nSetelah masuk ke Ledang Balai mengatur sembah, lalu berkabar serta akan tujuannya\ndatang. Ketika menoleh ke samping kiri Cek Wang, terkejut Awang melihat ada\norang tua yang pernah mengomel perihal masalah Mak Yong tempo hari hadir juga\nbermusyawarah sama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAiii &#8230;\nTuan ini kan yang saya jumpa tempo hari. Kenapa tuan bisa ikut sama\nbermusyawarah di Istanan Ledang Balai Tuan Habieb ni?\u201d kata Awang\nPengasuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Melihat ekspresi terkejutnya Awang itu,\ntertawalah semua orang-orang istana. Begitu juga Cek Wang. Sebab, mereka\ntertawa karena Awang tertipu lagi oleh sosok wajah orang tua yang duduk sedikit\nbersebelahan dengan Cek Wang itu. Maka bertitahlah Cek Wang kepada orang tua\ntersebut untuk berubah ke wujudnya semula agar Awang dapat tahu sama siapa\ngerangan dibalik wajah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWak. Kembali dan tampakkan wujud aslimu\npada Awang Pengasuh,\u201d ujar Cek Wang.<\/p>\n\n\n\n<p>Seketika berubahlah orang tua itu kepada\nwajah aslinya. Orang yang amat terkenal kesaktiannya di seluruh negeri ini.\nDialah Wak Prambun. Terperangah Awang menyaksikan wujud asli orang tua tadi adalah\nWak Prambun. Orang sakti yang juga merupakan sahabat baiknya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMuu&#8230;. Awang kira siapa tadi Mu. Mu\nmemang tak berubah Mu. Sudah terhitung beratus kali Mu berubah wujud dan Ku\ntidak mengenal Mu,\u201d ungkap Awang Pengasuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Wak Prambun hanya tersenyum menghadap Cek\nWang. Maka bercerita panjanglah mereka perihal kesenian Makyong yang amat populer itu. Sampai bersorak\nseluruh isi Istana Ledang Balai Tuan Habieb mendengar kabar gembira dari Cek\nWang, yang datang dari seluruh negeri bertuah ini. Bahwa \u201cMak Yong Muda Ledang\nBalai Tuan Habieb telah berhasil memukau seluruh masyarakat di negeri ini dalam\nmementaskan cerita WAK PRAMBUN pada gawai akbar Pentas Seni APEKSI 2019 di\nGedung Daerah dan pada PAGELARAN SENI TRADISI PESISIR di Desa Malang\nRapat-Kabupaten Bintan dalam jamuan Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau.\nMaka ditabuhlah Gong tiga kali pertanda pesta dimulakan.***<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>OLEH: ALMUKHLIS Pegiat Seni Tradisi Kesenian \u00a0tradisi \u00a0Makyong \u00a0merupakan \u00a0kesenian \u00a0yang \u00a0tidak mati, tidak kaku, dan bahkan tidak akan hilang\u00a0 dimakan \u00a0zaman. Ianya satu bentuk kesenian yang amat populer yang \u00a0hidup pada \u00a0mana-mana \u00a0negeri \u00a0yang \u00a0pernah di jejakinya. Kesenian tradisi Makyong akan \u00a0terus \u00a0memainkan perannya dalam kehidupan ini sampai akhir zaman, hingga disudahkannya kehidupan \u00a0ini&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2968,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_kad_blocks_custom_css":"","_kad_blocks_head_custom_js":"","_kad_blocks_body_custom_js":"","_kad_blocks_footer_custom_js":"","_kadence_starter_templates_imported_post":false,"_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":true,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[32],"tags":[],"class_list":["post-2967","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-melayu-hari-ini"],"jetpack_publicize_connections":[],"taxonomy_info":{"category":[{"value":32,"label":"Melayu Hari ini"}]},"featured_image_src_large":["https:\/\/i0.wp.com\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/IMG_0686.jpg?fit=1024%2C683&ssl=1",1024,683,true],"author_info":{"display_name":"Redaksi jantungmelayu","author_link":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/author\/redaksi\/"},"comment_info":0,"category_info":[{"term_id":32,"name":"Melayu Hari ini","slug":"melayu-hari-ini","term_group":0,"term_taxonomy_id":32,"taxonomy":"category","description":"","parent":0,"count":484,"filter":"raw","cat_ID":32,"category_count":484,"category_description":"","cat_name":"Melayu Hari ini","category_nicename":"melayu-hari-ini","category_parent":0}],"tag_info":false,"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/i0.wp.com\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/IMG_0686.jpg?fit=5472%2C3648&ssl=1","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p8nwlA-LR","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2967","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2967"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2967\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2969,"href":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2967\/revisions\/2969"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2968"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2967"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2967"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jantungmelayu.co\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2967"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}